6 Ayat Ruqyah Penawar Sihir Yang Boleh Dibaca Sendiri Di Rumah
Ayat ruqyah penawar sihir lengkap dengan teks Arab, rumi dan terjemahan.
Ketahui cara ruqyah sendiri di rumah, kepentingan Surah Al-Baqarah dan langkah tambahan jika bacaan sering terhalang.
Ramai Mahu Ruqyah, Tetapi Tidak Faham Asasnya
Apabila seseorang mula mengesyaki gangguan sihir, perkara pertama yang dicari biasanya ialah:
“Apa ayat ruqyah penawar sihir?”
Ramai terus mencari senarai ayat.
Ramai mahu bacaan tertentu.
Ramai mahu kesan segera.
Namun dalam pengalaman mengendalikan kes gangguan sejak 2016, masalah utama bukan kekurangan ayat.
Boleh baca rekod testimonial pesakit saya.
Masalah utama ialah:
-
Tidak faham konsep ruqyah
-
Tidak konsisten
-
Tidak menjaga rumah sebagai ruang perlindungan
Ruqyah bukan sekadar membaca ayat.
Ruqyah ialah proses memohon perlindungan Allah dengan disiplin.
Dan ia perlu digabungkan dengan pengukuhan hati — seperti yang dijelaskan dalam artikel utama tentang Doa Nabi Yunus.
Apa Itu Ruqyah Syar’iyyah
Ruqyah syar’iyyah ialah bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa sahih yang bertujuan memohon perlindungan Allah daripada gangguan.
Ia mestilah:
Menggunakan ayat Al-Quran
Menggunakan doa yang sahih
Tidak mengandungi unsur syirik
Tidak menggunakan mentera pelik
Ruqyah bukan kuasa perawat.
Ruqyah adalah doa.
Dan yang menyembuhkan hanyalah Allah.
Dalil Tentang Ruqyah
Rasulullah SAW sendiri meruqyah.
Dalam hadis sahih, Baginda membaca Al-Fatihah sebagai ruqyah.
Sahabat juga meruqyah menggunakan Al-Fatihah dan Nabi membenarkannya.
Ini menunjukkan bahawa ruqyah adalah amalan yang sahih.
Ayat Ruqyah Penawar Sihir Yang Utama
(Arab, Rumi dan Terjemahan Lengkap)
Ayat ruqyah penawar sihir lengkap dengan teks Arab, rumi dan terjemahan.
Ketahui cara ruqyah sendiri di rumah, kepentingan Surah Al-Baqarah dan langkah tambahan jika bacaan sering terhalang.
1️⃣ Surah Al-Fatihah (Lengkap) 1X
📖 Teks Arab:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
🔤 Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin
Ar-Rahmanir-Rahim
Maliki yaumid-din
Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in
Ihdinas-siratal mustaqim
Siratal-lazina an’amta ‘alaihim
Ghairil maghdubi ‘alaihim walad-dallin
📘 Terjemahan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka;
Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
2️⃣Surah Al-Ikhlas (Lengkap) 3X
📖 Arab:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
🔤 Rumi:
Qul huwallahu ahad
Allahu samad
Lam yalid wa lam yulad
Wa lam yakun lahu kufuwan ahad
📘 Terjemahan:
Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa.
Allah tempat bergantung segala sesuatu.
Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.
3️⃣ Surah Al-Falaq (Lengkap) 1X
📖 Arab:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
🔤 Rumi:
Qul a’uzu birabbil falaq
Min sharri ma khalaq
Wa min sharri ghasiqin iza waqab
Wa min sharrin-naffasati fil ‘uqad
Wa min sharri hasidin iza hasad
📘 Terjemahan:
Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh
Daripada kejahatan makhluk-Nya
Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap
Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang meniup pada ikatan yang disimpul
Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.
4️⃣Surah An-Nas (Lengkap) 1X
📖 Arab:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
مَلِكِ النَّاسِ
إِلَٰهِ النَّاسِ
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
🔤 Rumi:
Qul a’uzu birabbin nas
Malikin nas
Ilahin nas
Min sharril waswasil khannas
Allazi yuwaswisu fi sudurin nas
Minal jinnati wan nas
📘 Terjemahan:
Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan manusia
Raja manusia
Sembahan manusia
Daripada kejahatan pembisik yang bersembunyi
Yang membisikkan ke dalam dada manusia
Dari kalangan jin dan manusia.
5️⃣Surah Al-Fatihah (Sekali lagi) 1X
📖 Teks Arab:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
🔤 Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin
Ar-Rahmanir-Rahim
Maliki yaumid-din
Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in
Ihdinas-siratal mustaqim
Siratal-lazina an’amta ‘alaihim
Ghairil maghdubi ‘alaihim walad-dallin
📘 Terjemahan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka;
Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
6️⃣ Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255) 1X
📖 Teks Arab:
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ
لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ
وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ
وَلَا يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
🔤 Rumi:
Allahu la ilaha illa huwa al-hayyul qayyum
La ta’khuzuhu sinatun wala naum
Lahu ma fis-samawati wa ma fil-ard
Man zal-lazi yashfa’u ‘indahu illa bi-iznih
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum
Wala yuhituna bishai’im min ‘ilmihi illa bima sha’
Wasi’a kursiyyuhus-samawati wal-ard
Wala ya’uduhu hifzuhuma
Wahuwal ‘aliyyul ‘azim
📘 Terjemahan:
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.
Dia tidak mengantuk dan tidak tidur.
Milik-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya.
Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka.
Mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki.
Kursi-Nya meliputi langit dan bumi.
Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya.
Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung.
6️⃣ Selawat ke atas Rasulullah 21 x
7️⃣ Surah Yunus Ayat 81–82 (Lengkap) 1 X
📖 Arab:
فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ
وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ
🔤 Rumi:
Falamma alqaw qala Musa ma ji’tum bihis sihr
Innal laha sayubtiluhu
Innal laha la yuslihu ‘amalal mufsidin
Wa yuhiqqul la hul haqqa bikalimatihi walau karihal mujrimun
📘 Terjemahan:
Apabila mereka melemparkan, Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu adalah sihir.
Sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
Dan Allah akan menegakkan yang benar dengan kalimat-kalimat-Nya walaupun orang-orang yang berdosa tidak menyukainya.
Untuk panduan lebih khusus tentang istiqamah doa ketika gangguan berulang, rujuk artikel doa Nabi Yunus untuk sihir yang disusun secara langkah demi langkah.
Cara Ruqyah Diri Sendiri Di Rumah
Ambil wuduk
Duduk menghadap kiblat
Baca ayat dengan tartil (dengan tenang, jangan gopoh)
Tiup pada tapak tangan
Sapu pada badan
Boleh juga baca pada air dan minum.
Namun penting difahami — ruqyah bukan sekadar bacaan ayat.
Jika hati tidak dibetulkan, gangguan mudah berulang.
Di sinilah peranan Doa Nabi Yunus ketika dalam kesempitan sangat penting.
Jika bacaan sering terhalang dan suasana rumah terasa berat, kenal pasti dahulu simptom dalam artikel tanda sihir dalam rumah sebelum membuat kesimpulan.
Kenapa Rumah Perlu Dibacakan Surah Al-Baqarah
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
(Riwayat Muslim)
Perhatikan: rumah.
Gangguan bukan hanya pada badan.
Jika ruqyah dilakukan tetapi rumah tidak dilindungi, suasana berat boleh kembali.
Rumah adalah ruang utama:
Tempat tidur
Tempat berehat
Tempat emosi berkumpul
Jika ruang tidak dijaga, tekanan mudah kembali.
Terhalang Bara Ruqyah?
Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah
Dalam banyak kes, pesakit melaporkan:
Rasa malas melampau
Mengantuk kuat bila mula baca
Tiba-tiba sibuk
Anak menangis tanpa sebab
Peranti rosak ketika pasang Surah Al-Baqarah
Jika halangan berlaku sekali dua, itu biasa.
Tetapi jika berulang-ulang dan mengganggu konsistensi, itu petunjuk ruang perlu diperkuatkan.
Teruskan ruqyah.
Teruskan Surah Al-Baqarah.
Dan jika suasana rumah terlalu berat sehingga bacaan sukar dilakukan, sebahagian keluarga memilih menambah ikhtiar untuk membantu suasana menjadi lebih stabil.
Dalam kes di mana bacaan sering terganggu kerana suasana terlalu tegang, sebahagian keluarga menambah Samurai Perfume sebagai cara halau gangguan jin dalam rumah.
Ikhtiar Halau Jin Dalam Rumah
Apabila bacaan Al-Quran sering terhalang atau suasana terlalu berat, antara langkah tambahan yang diamalkan ialah menggunakan wangian tertentu melalui mesin humidifier ketika bacaan dilakukan.
Tujuannya sebagai sokongan bagi amalan ruqyah.
Kaedah ini akan membantu suasana:
Lebih tenang
Kurang tegang
Lebih selesa untuk bacaan
Antara yang digunakan oleh sebahagian pesakit ialah Samurai Perfume.
Perlu ditegaskan:
Samurai Perfume bukan air jampi serapah bomoh!
Ia adalah ikhtiar sokongan untuk membantu suasana rumah lebih stabil ketika proses ruqyah dilakukan.
Asas tetap:
Ruqyah.
Surah Al-Baqarah.
Doa Nabi Yunus.
Jika asas ini tidak dijaga, produk boleh membantu namun tidak sekuat jika dilakukan dengan ayat ruqyah di atas.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah semua ayat perlu dibaca sekali gus?
Ya. Lakukan ikut turutan seperti yang disenaraikan.
Kenapa gangguan datang kembali?
Kerana konsistensi tidak dijaga atau rumah tidak diruqyah
Jika bacaan sering terhalang?
Teruskan amalan dan kuatkan perlindungan rumah dan perlunya ikhtiar dengan Samurai Perfume
Adakah Samurai Perfume wajib?
Ya! apabila suasana rumah sukar distabilkan.
🔥 Berikut panduan Samurai Perfume Halau Jin Dalam Rumah



