BidaraSpecialist3

Mengenai Bidara Specialist

Selamat datang ke platform Bidara Specialist, sebuah pusat rujukan dan bimbingan rawatan syifa’ secara kendiri. Kami berdedikasi untuk membantu anda mengatasi gangguan makhluk halus melalui pendekatan yang berlandaskan syariat dan tauhid yang murni.

Siapa Di Sebalik Bidara Specialist?

ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ustaz Zul Hilmei Mohamad Rohani merupakan pengasas (Founder) Bidara Specialist. Beliau adalah seorang Perunding Rawatan Syifak yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan kes gangguan makhluk halus sejak tahun 2016.

Ust Zul hilmei Bin Mohamad Rohani. Lahir di Hospital Kluang Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Rejo Sari, Batu Pahat. Di peringkat menengah di Madrasah Bugisiah Li al-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Tampok, Benut(1990),kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad Johor (1994) dan Madrasah Tarbiyyah Mardziah, Panchor, Kemumin, Kelantan (1995).

Semasa di Kelantan, sempat berguru dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Bekas Menteri Besar Kelantan setiap minggu di Kuliah Jumaat Tafsir al-Quran di Dewan Zulkifli Mohammad, Jalan Dato Pati, Kota Bahru Kelantan dan di Masjid Pulau Melaka, setiap hari Selasa dan Rabu, pengajian Kitab Fiqh al-Sirah al-Bouthi dan Mau’izatul Mukminin (Bimbingan Mukmin) selama setahun sebelum menyambung pengajian ke Universiti AlAzhar, Mesir pada tahun 1997 dalam Fakulti Usuluddin, Jabatan Hadith dan Ilmu Hadith sehingga tahun 2002.

Kepakaran utama beliau merangkumi:

  • Tafsir Mimpi: Mengenalpasti tanda-tanda awal gangguan sihir, saka, dan santau melalui pengalaman pesakit.

  • Masalah Kulit Misteri: Merawat isu gatal-gatal merayap di bawah kulit atau kegatalan waktu malam yang tidak sembuh dengan perubatan biasa.

  • Rawatan Kendiri: Membimbing pesakit untuk melakukan rawatan sendiri di rumah tanpa perlu hadir ke pusat rawatan secara fizikal.

Polisi & Misi Rawatan Kami

Di Bidara Specialist, matlamat kami bukan sekadar menghilangkan simptom, tetapi mengembalikan pesakit kepada Allah. Kami percaya bahawa kesembuhan sejati bermula dengan:

  1. Memperbetulkan Akidah & Syariat: Memastikan setiap langkah rawatan membawa pesakit lebih dekat kepada Penciptanya dengan hati yang sejahtera.

  2. Tanggungjawab Kendiri: Setiap pesakit mestilah menjaga adab-adab rawatan yang diajarkan dan berusaha menguruskan diri sendiri terlebih dahulu.

  3. Ketelusan: Kami menekankan bahawa rawatan syifa’ adalah satu proses yang memerlukan kesabaran dan tawakal, bukannya jalan pintas seperti ubat segera.

Pendekatan Produk Sebagai Ikhtiar Tambahan

Kami memiliki 14 produk untuk mengatasi sihir, saka, dan santau untuk digunakan oleh pesakit dengan panduan serta bimbingan daripada Ustaz. Walau bagaimanapun, kami sentiasa menegaskan bahawa:

  • Produk hanyalah ikhtiar fizikal; kekuatan utama tetap pada doa, istiqamah, dan bacaan Al-Quran.

  • Pesakit perlu menghubungi Ustaz secara terus untuk bimbingan lanjut bagi memastikan keberkesanan rawatan.