Bukhoor Samurai Atasi Sihir Rumah Yang Ditanam & Kedai Yang Dipuja Setiap Hari

by ustzul

Rahsia Atasi Sihir Yang Dipuja Setiap Didedahkan!

Bukhoor Samurai dirumus khas pada tahap pesakit yang paling kritikal. Ia dikhususkan kepada mereka yang sering dipuja setiap hari tanpa henti. Selain Habuk Kayu Gaharu Samurai terdapat satu lagi jenis tahap yang boleh dikatakan okay juga iatu Habuk Kayu Premium. Harganya lebih rendah berbanding habuk Kayu Samurai. Ada banyak kaedah penawar sihir atau pun cara menghilangkan sihir ini. Salah-satunya menggunakan asap Habuk Kayu Samurai.

Cara merawat sihir pada pesakit menggunakan kaedah ini adalah dengan menggunakan kaedah asapkan rumah dan juga diri.

Anda boleh bakar arang di atas tungku dapur hingga jadi bara. Kemudian anda boleh tabur Habuk Kayu Samurai ini atas bara tersebut. Asap ini mengeluarkan wangian yang tidak disenangi oleh makhluk halus. Anda boleh lakukan pada bila-bila waktu. Biasanya serangan sihir akan berlaku pada 3 waktu berikut :

  1. Waktu 12.00 Tengahari
  2. Senja sebelum Maghrib
  3. Waktu 12.00 Tengah malam hingga subuh.

Anda boleh asapkan rumah dan diri anda pada waktu tersebut atau pada bila-bila waktu anda terkena serangan sihir.

Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus di Rumah, Bilik Tidur & Premis Perniagaan
  • Bila bangun tidur badan akan terasa bisa-bisa
  • Terlalu Sukar Untuk Bangun Waktu Subuh
  • Malas Tahap Gaban Bila Ada Di Rumah
  • Membiarkan rumah kotor, berselerak & tidak Berkemas
  • Sering berlakunya pertengkaran meskipun dalam hal yang remeh-temeh
  • Sering bau busuk tetapi tidak tahu punca bau tersebut
  • Masakan & Makanan cepat basi tanpa sebab
  • Tidak boleh tidur malam.Masuk waktu subuh baru boleh tidur
  • Kedai dipandang suram dan menakutkan
  • Kedai sunyi tiada pelanggan meskipun sebelum itu riuh rendah
  • Kedai dikatakan tutup walhal buka
  • Pelanggan sentiasa batalkan order meskipun pada asalnya dan sedia nak beli
  • Bila bincang dengan pelanggan rasa nak marah
  • Duit kerap hilang di rumah / di kedai
  • Bunyi seolah-olah orang bermain guli di atas bumbung
  • Kedengaran bunyi pasir di tabur atas bumbung
Produk berkaitan:
Samurai Perfume - Fighter & Booster Bila Dicampur Dengan Mana-mana Produk & Pulangkan Sihir Pada Penyihir

Testimonial

Tiba-tiba botol Bukhoor Samurai tak boleh buka?

Pesakit: Salam ustaz, ppuan period bole x asap kayu perium tu, alhamdulillah ustaz, cuma sya rasa nak demam,
Saya : wasalamalaik…ya boleh guna masa period..mula2 nak.demam itu normal.dan biasa…teruskan
Pesakit: Salam ustaz, kayu perium tu kna asap tiap2 hari kr, alhamdulillah byk perubahan pda anak2,
Saya: wasalamlaik ye kak…paling baik 100 hari…alhamdulillah tahniah
Pesakit: Klu kebiasaannya tiap2 mlm ada benda jatoh atas bumbung umah,alhamdulillah sya dh tak nampak kelibat2 yg lalu lalang tu, si kcil pun tido awl n tak byk ragamnya,
Saya: alhamdulillah…semoga keluarga akak semakin baik..suami okay dah?
Pesakit: Kayu srmurai tu sya blum buka lgi, rasanya dh srminggu lbih sya guna brg ustaz ne,btol ckp ustaz tu, asap kayu msa suami tiada di umah,,kali ke 4 mcm tgok die slow dh, bgi die minum drop tu jgak, yg pure2 letak dlm gelas die,
Saya: rupanya byk hikmah brg lambat sampai ye…alhamdulilah tlh membuahkan hasil kesabaran
Pesakit: Hari ne sya bru sihat ckit ustaz,anak2 pun dh x gaduh, Cuma satu jr ustaz, bau kuat kayu perium tu kurang di senangi oleh jiran sblah umah, Sya bru jgak perasan, bila kayu perium tu di asap, org sblah srmbur sheltok,bole la tiap2 sembur shrltok,…. Slma ne tak pnah srmbur pun sheltok,takot jgak rasanya,
Saya: tak pe…nanti lama2 akan terdedah rahsia satu2 kenapa akak bermaslah mcm tu bila teruskan guna produk ni
Pesakit: Hari ke 5 rasanya dugaan btol la ustaz, ada ke time nak asap kayu perium tu bekas kayu tu bole plak tertutup dgn kuatnya, ssmpai tak bole di buka lsnsung, terpaksa la buat lobang di tengah bkas tu
Saya : jin tu…yg lekatkan..ada juga kes pesakit saya, bila nak bakar arang, tak boleh jadi bara walaupun dah lama bakar…kalau berlaku lagi kes mcm ni kena azan dalam rumah tu…nanti boleh bakar inshaAllah.
Pesakit : Masyallah seramnya, sya tak tau la ustaz, ingatkan bola2 api tu benda sje2 dok dlm umah, berterbangan than msok dlm bilik air,
Saya : comfirm jin tu..atau santau yg dihantar
Pesakit : Sblum guna kayu perium tu, patotla sya tgok kalibat2 org yg berbadan besar tu,kat mana sya duduk situla ada bygnya, yg jdi tak selesa sume pegerakan sya di umah di perahatinya, sampai nak tido pun die berdiri dpan pintu tu,…. Ustaz bole asap kayu tu kat lua umah tak,sleeding  door kat bilik tido tu di ketuk mlm tdi,sya nak buka tpi keberatan,
Saya : tak.perlu..bila asap di dalam , maka radius kaw luar pun dia cover
Pesakit: Trima ksih ustaz kerana memberitau sya sume tu, mlm ne bru rasa selesa ustaz di dlm rumah,

Tiba-tiba Katak dan Kucing Mati di sekeliling Rumah

 Kes Pertama
assalammualaikum ustaz, semasa tempoh 3 hari menggunakan produk raja gel dan kayu samurai beberapa perkara ini berlaku. Terasa panas kaki bahagian bawah dan lengan ,panas seperti bahang api. Terdengar ledakan dibumbung rumah. telinga terus berdesing tak kira waktu. pemeriksaan doktor adalah normal.Rerama hitam sering berterbangan diwaktu senja. Gatal dikemaluan terutama waktu tengah malam dan ia menyerang sesekali  saja. Terjumpa katak kat porch kereta. semalam dua ekor dan keduanya mati  ,satu depan rumah mati dilamgar kereta dan seekor lagi lari dan nampak jiran membunuhnya. pagi ni hanya najis katak saja yang ada. peliknya katak dtg dari mana sebab porch kereta dibersih setiap hari dan lapang tiada sampah.jiran tu pula tiba-tiba berhenti berniaga
Kes Kedua
Pesakit: Ye ustaz keyakinan bertambah baik buat rawatan mcmni… Syukur sgt2
Saya: alhamdulillah….cuma kena kawal emosi je, bykkan selawat
Pesakit : Sejak berubat sendiri ni,3 ekor kucing dan seekor tikus mati kat luar rmh.. Ade kaitan ke semua ni..kdg2 susah nk xplain….Bkn kucing sendiri,tatau kucing sape
Saya : ini kesan guna habuk kayu samurai…. itu kucing jd spy tuan
Pesakit : Tulahh..
Saya : okay… bykkn selawat
Pesakit : 👌

Benarkah Asap Makanan Jin?

Penjelasan ini bakal mendedahkan hakikat sebenar mengapa kaedah asap digunakan!

Benarkah Asap Makanan Jin?

Tiada nas yang jelas daripada Hadith Nabi S.A.W mahupun dalam al-Quran yang melarang kita menggunakan asap sebagai kaedah mewangikan rumah dengan kayu gaharu. Bahkan gaharu merupakan bahan wangian yang paling dibenci oleh jin dan iblis. Bagi Jin dan Iblis, hidung mereka akan berbau busuk dan rasa jengkel bila mereka terhidu bau gaharu. Namun bagi manusia yang normal, bau gaharu adalah wangi.

Produk berkaitan:
Bidara Drop n Drink Atasi Santau & Sihir Pemisah

Kenapa saya Bukhoor Samurai yang dibakar berbau busuk

Kebanyakan pesakit yang mengalami gangguan, sistem hidungnya bercantum dengan sistem hidung jin. Dia akan alergik dengan bahan-bahan wangian yang asli. Dia akan bau busuk bila asap kayu gaharu dibakar. Ini disebabkan jin tidak suka dengan bau tersebut. Orang-orang yang bermasalah juga akan merasai benda yang sama.

Jika berbau busuk, apa yang perlu dilakukan?

Pesakit hanya perlu teruskan asapkan rumah dan dirinya. Sebab bau busuk itu akan hilang dalam masa 15-30 minit. Sistem hidung pesakit akan kembali normal bila jin yang ganggu dalam diri itu keluar. Biasanya badan pesakit akan terasa lemah. Bila lemah, dia perlu rehat dan jangan paksa untuk buat kerja-kerja berat.

Apakah bacaan yang perlu dibaca semasa atau sebelum asapkan rumah?

Anda boleh azankan rumah sebelum asapkan gaharu adalah cara terbaik. Anda juga boleh azan menggunakan youtube. Azan menggunakan suara sendiri adalah lebih baik

Bagaimana dengan kedudukan bomoh yang menggunakan kaedah asap?

Bomoh menggunakan kemenyan. Kemenyan adalah bahan yang paling disukai jin. Jika kita asapkan rumah dengan kemenyan, potensi untuk jin datang sangatlah tinggi

Kenapa saya bakar arang tetapi tidak boleh menjadi bara?

Ada beberapa kes yang ditemui, pesakit membakar arang berjam-jam lamanya di tungku dapur tetapi tidak menjadi bara. Ini menyebabkan Habuk Kayu Gaharu Premium tidak boleh dibakar. Jika ini berlaku, anda perlu azan sebanyak 3 kali. InshaAllah arang akan menjadi bara.

You may also like

1 comment

Tanda-tanda Sihir Pada Rumah atau Kedai & Jalan Keluarnya October 12, 2018 - 6:01 pm

[…] Senarai Produk […]

Comments are closed.

Share: